Lelaki Seperti Aku

Wahai lelaki-lelaki atau kaum Adam sekelian,
Ini adalah tatapan untuk lelaki seperti kita.Jom tengok, baca dan ambil faham sikit.tak banyak tak pe,janji kita dapat input untuk disematkan dalam diri kita. Disini aku nak berbicara pasal peranan dan tanggungjawab Kaum Adam.
Lelaki sudah diberikan tanggungjawab dan peranan tersendiri sejak terciptanya Adam a.s. Tanggungjawab yang besar telah membentuk keperibadian yang ungul bagi diri lelaki itu sendiri. Namun, ini bukan bermakna golongan wanita dipandang sebagai golongan kedua. Wanita juga mampu memainkan peranan sendiri samada disamping seorang lelaki atau individu seperti mana yang dilakukan oleh isteri Rasulullah, Siti Aisyah r.a.
Berbicara kembali kepada tanggungjawab seorang lelaki. Lelaki adalah seorang ayah, abag dan juga anak dalam konteks sesebuah keluarga.beraslah kesalahan seorang lelaki itu jika terlepas daripada melakukan dan melaksanakan tanggungjawab yang telah ditetapkan. Perkara pertama adalah selaku ayah. Dimana silapnya lelaki sebagai seorang ayah?Dalam hal ini, lelaki perlu memberi didikan kepada anak terutama terhadap anak perempuan. Tanggungjawabnya adalah member segala keperluan agama yang berkisar tentang solat akidah, akhlak dan sebagainya. Tidak wajar bagi seseorang lelaki yang bergelar ayah membiarkan anaknya mendedahkan aurat dan melakukan perkara sumbang tanpa melakukan sesuatu untuk menyedarkan anaknya.

Suami adalah peranan dan tanggungjawab yang paling besar kepada lelaki. Sebagai suami,lelaki perlu menjaga kelakuan isteri  agar tidak melampaui batas yang ditetapkan oleh agama. Memang tidak dinafikan zaman moden begini menuntut keterbukaan pemikiran terutamanya dari segi soaial.Namun, ia tidak menghalalkan sebarang bentuk perbuatan yang melampaui batas agama. Isteri wajib berhias untuk suami, menjaga tindak tanduk agar tidak menjatuhkan air muka suami dan begitu juga seorang suami.

 Peranan sebagai abang kepada adik beradik.terutama jika ketiadaan ayah, dalam hal ini abang akan memikul tanggungjawab untuk menjaga maruah keluarga dan adik-beradiknya terutama adik-beradik perempuan. Tanggung jawab ini samalah seperti seorang ayah terhadap anak perempuannya.Sebagai seorang anak, peranan lelaki tidak kurang besarnya.Jika anak tidak menasihati ibu tentang perihal kelakuan yang haram dari segi islam, anak itu akan dipertanggunjawabkan. Adalah wajib bagi seorang anak untuk melindungi ibunya dari melakukan perkara mungkar. Memang syurga seorang anak ditelapak kaki ibu,namun ia tidak menjadi batasan kepada seorang anak untuk menasihati ibunya terutama dalam hal yang berkaitan kesucian agama.
 Sewajarnya seorang lelaki perlu melengkapkan diri dengan ilmu, terutamanya ilmu agama yang mencukupi bagi menghadapi cabaran ini.Sesungguhnya perana dan tanggungjawab lelaki adalah jaminan di akhirat kelak
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge