Krisis Air

Semalam berlaku satu kejutan yang tak disangkan.. Tahu apa ? baca tajuk entry tu… Boleh pula berlaku krisis air kat kawasan rumah aku ni ? Sebelum ni tak ada lah pula berlaku macam ni. Ini lah pertama kali aku merasa krisis tiada bekalan air. Tahu tak apa terjadi bila air tak ada ? Jadi macam ni lah…..

Itu baru yang kat atas tu… tak termasuk penghuninya lagi…hehehe… Adik aku tak mandi dari pagi…. hahaha… Nasib baiklah aku mandi waktu subuh tu, kalau tidak, aku pun macam diaorang lah…. Air tak ada dari pukul 11 pagi Jumaat hinggalah subuh hari ni… Dah lah tak bagi sebarang notis…..tension betul…  SADA hantar air kat kawasan aku pukul 11 malam… Tengok lah, bertong-tong air family aku ambil… Tapi kesian juga ada, sebilangan orang kampung tak tahu yang pihak SADA datang bagi air…

Akhirnya, barulah aku merasa krisis air seperti dikawasan lain…Barulah aku mengerti apa yang mereka rasa….

1 thought on “Krisis Air

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge