Komen Orang Bukan Islam Terhadap Kes Kiki CDM25

Semalam semua timeline kat facebook dan twitter penuh pasal kes CDM25. Dah menjadi perbualan hangat di media massa dan juga elektronik. Tapi apa yang menarik perhatian aku bukan lah video kes CDM25 ni tapi komen-komen orang awam terhadap kes yang berlaku. Jom aku tunjuk sikit komen orang bukan Islam terhadap kes ni.

Tengok…Ada ke orang bukan Islam ni kutuk atau mengata kat kiki tu ? Kita pula yang Islam dah terlebih. Lupakah kita sekarang berada di bulan yang mulia ? Kita mengutuk, megata, mencaci sesama agama kita tapi orang agama lain diam je dan tengok tingkah laku kita.
Apa yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin hari ni hari dia, esok lusa belum tentu lagi hari siapa…Hari ni kita mengata dia, mengumpat, mencaci nanti bila dah mati baru lah kita terhegeh-hegeh mencari dia untuk minta maaf. Ingat.
Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw. bersabda :
“Barang siapa telah melakukan kezaliman kepada saudaranya, baik menyangkut harga diri/kehormatan atau harta, maka pada hari ini hendaklah ia meminta dibebaskan (dihalalkan) sebelum datang hari di mana tidak berguna lagi dinar dan dirham. Apabila (orang yang berbuat zalim itu) mempunyai amal kebaikan/kesalihan, maka kesalihannya akan diambil untuk saudaranya sebesar kezalimannya kepadanya. Dan apabila ia tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa amal buruk saudaranya itu akan ditimpakan kepadanya.” (HR Bukhari)
dosa, hina, orang, tak, sama, dengan, dosa, lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge