Kes Buang Bayi

“Semalam ada kes mayat bayi ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya dengan kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi. Bayi itu dipercayai baru lahir dan ditemui oleh seorang penduduk disitu kira-kira pukul 11 pagi. 
Mengikut siasatan pihak polis, bayi itu dipercayai dicampak dari tingkat tiga blok itu dan kes disiasat mengikut seksyen 302 kerana membunuh. Berikutan itu, seorang wanita berusia 21 tahun ditahan reman sehingga 23 September depan oleh Majistret Soraya Shawal di Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengikut Seksyen 117 kanun Acara Jenayah.”
Atas itu berita yang aku simpulkan merujuk berita semalam dan hari ini. Tak pasal-pasal wanita tu kena siasat di mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerasa kesalahan membunuh. Apa lah nak jadi. Kalau ikut kiraan aku lah kan, perempuan ni berdua-duaan dengan pasangannya dalam penghujung bulan Disember atau awal bulan Januari. Sebab apa aku kata macam tu? Kan perempuan mengandung 9 bulan 10 hari. kalau kita kira balik, mesti dia ni “main” 9 bulan 10 hari yang lepas. Dan korang tunggu lah pula sembilan bulan akan datang, akan ada juga kes buang bayi.
Aku sebagai generasi muda, tak nak lah generasi macam aku ni terlanjur ke jalan yang tidak betul,tambah-tambah lagi bagi wanita. Kalau semua generasi muda sekarang dah tersilap langkah, siapakah akan membimbing kita dimasa hadapan?

You may also like

1 Comment

  1. masa sekolah dulu tak belajar pendidikan moral..kalo tak nak bayi tu pun tinggal je la kat tempat org mudah nampak..dah la buat dosa maksiat pastu dosa bunuh bayi lagi..apa la nak jadi ngan generasi skng ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge