Kenapa ye???

Aku baru jer keja kat sini. Setelah lama aku tak pernah ke kawasan ni, tetiba pula boleh minta kerja kat kawasan ni. Tapi yang penting amek masa lebih kurang 5 minit jer dari rumah aku. Jadi, boleh ler jimat sikit kat situ. Jimat dari segi apa??? dari segi minyak motor, makan dan tak payah dok kelam kabut nak pergi kerja awal-awal. Walaubagaimanapun, aku tetap datang awal ke tempat kerja. Bukannya apa, datang nak bersih kawasan dan kemas-kemas apa yang patut. Kalau dari soal gaji, memang gaji tak lumanyan…tapi aku tetap bersyukur sebab ada pendapatan sendiri. Eh..eh..eh…ni apa pula aku cerita nie…aduii..apa lah aku nie…kembali ke topik aku….hehehehe…
Kenapa ye?? Itu persoalan yang aku ingin aku ajukan. Ajukan kepada siapa??? Kepada anda yang sedang membaca..Iya..anda lah…Sebab apa aku nak aju soalan ini…ceritanya begini…Aku ni masih baru lagi kerja kat sini..Alaaa…tak sampai sebulan pun lagi…dulu tempat aku ni pekerja dia seorang perempuan.Yang aku tak “best”nya…kenapa lah nak cerita kat aku pasal cara kerja budak perempuan tu? aduhaiii…apa lah manusia ni..setiap kali datang kat aku jer, mesti nak gak cerita pasal perempuan tu…mula-mula aku masuk kerjam dia cakap macam ni ”  Budak perempuan yang kerja sebelum ni rajin lah.Dia buat semua kerja..membersih, menyapu…bla..bla..bla…”. semalam pula dia datang cerita ” Budak perempuan tu dulu dia pandai jaga pelanggan…bla…bla..bla…”…… Ah..malas aku..dalam hati aku ” dah tak de benda lain ke nak sembang??” sambil senyum kat dia…
Kenapa ye perkara macam ni boleh terjadi? kalau boleh, usah lah dikenang benda yang lepas..biar lah dia pergi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge