Kenapa Maybank perlu bagi saya tiket ke Legoland

Baru semalam saja aku tengok pasal Legoland Malaysia kat internet. Nasib baik Mr. Google bantu aku. Bila dah jumpa, aku tengok, waaahhhhh…. Best gila. Nasib baiklah aku tak gila, kalau tidak tak berpeluanglah aku nak pergi sana nanti. Bukannya apa, aku ingat kat sana tu cuma ada permainan lego tu je, tapi rupa-rupanya…. Waauuuuu…… Teringat pula iklan Zalora kat TV tu. Jangan lupa beritahu isteri, girlfriend, adik, kakak, ibu, ibu mertua tentang Legoland Malaysia. Tahu tak ? Legoland Malaysia baru sahaja dibuka pada 15 September 2012. Tengok gambar tu… Arghhhh….  

Ini baru gambar kat pintu masuk. Kalau kat dalam, agak-agak macamana ya? Kalau tanya aku, aku pun tak tau macamana keadaan kat dalam tu sebab aku pun tak sampai lagi.hehehe…Sekarang ini, aku tengah bayangkan keadaan kat dalam tu. Mesti penuh warna-warni kan? Tenang je mata memandang. Aku pasti kalau sehari mesti tak puas. Aku rasa kan, Legoland Malaysia ni seperti aku sedang melihat seorang gadis yang aku idamkan. Kalau pandang tak jemu-jemu. Kalau korang perempuan, korang bayangkanlah lelaki idaman korang jangan tiru aku pula. Eh, betul ke? Dok mengarut pula ye aku…

Sebenarnya aku ada gak terfikir, macamana lah mereka bina Legoland Malaysia ni. Guna permainan lego tu ke? Aku pun try lah tanya Mr. Youtube. Mr. Youtube pun tunjuk kepada aku bagaimana cara pembinaan Legoland Malaysia dengan bantuan laporan wartawan bertugas. Jom kita tengok sama-sama.

Macam itu ke pembinaanya?Terima Kasih wartawan yang buat liputan ini. Jadi, korang rasa nak pergi tak ? Mestilah nak kan? Untuk penetahuan korang, Legoland Malaysia adalah Legoland pertama di Asia dan keenam diseluruh dunia. Bangganya jadi anak Malaysia.  Nak tahu maklumat lanjut pasal Legoland Malaysia ? Layarilah http://www.legoland.com.my/.

Aku ni asyik dok cerita pasal Legoland je kan ? Padahal aku tengah sibuk dok join  Maybank- Legoland Blogger Contest.  Kecil hati Maybank nanti. Kenapa Maybank perlu bagi saya tiket ke Legoland ? Sebenarnya maybank ni adalah satu bank yang aku seringkali guna perkhidmatannya. Tambah-tambah lagi maybank2u.com. Itu aku selalu guna dan kalau tak silap, Maybank ialah bank pertama yang buat perkhidmatan online ni (kalau salah tu maaf lah). Maybank perlulah bagi kat aku tiket Legoland tu supaya wang simpanan aku dalam akaun maybank tak perlu dikeluarkan. Kalau dikeluarkan duit simpanan tu, tak dapat lah aku nak bertemu dan mendengar suara pekerja Maybank yang ramah dan mesra. Kalau dengar suara pegawai khidmat pelanggan yang perempuan tu, aku dah terikat kat telefon. Merdu dan lemah lembut je suara. Mesti macam Legoland kan ? Saja je aku tanya banyak soalan nak bagi dia jawab.heheheh…oooppsss…dah kantoi pula. Sebab lain lagi ialah, aku jauh di Utara tanah air, nak pergi Legoland Malaysia kat Selatan. Jauh juga tu, kalau Maybank tak bagi tiket, entah bilalah aku nak sampai ke sana ? Tak dapatlah aku nak jejak kaki kesana buat kali pertama. Tak dapat bayangkan jika aku dapat tiket percuma ini. Posmen datang rumah, aku pergi ambil surat dan buka aarrrgghhhh….. Dapat tiket juga. Alhamdulillah. (saja testing awal-awal). Posmen pun jerit juga lah tu.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge