KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Disebutkan
bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah
memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan
kepadaku:

1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad
S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah
S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W
membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah
memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka,
Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku
dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan
dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge