Kelebihan Selawat Keatas Nabi

Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti
kecintaan seseorang itu kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. la tidak
sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan
selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi
Allah S.W.T.

Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan
Allah S.W.T menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan
para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.”
(Surah Al-Ahzab: 56).
Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat
ke atas Rasulullah S.A.W ialah:
1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu
pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi
syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani).
2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku
maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat
itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi
urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela
baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka
Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh
kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad,
Nasai dan Al Hakim).
4. Dari Ubai bin Ka‘ab: “Aku bertanya, wahai
Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku
jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la
berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai
dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku:
“Apakah sepertiga?” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu
tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku
jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian
maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi
dan Al Hakam).
5. “Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu
menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu
Murdawaih).
6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari
seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk
akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).
7. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu
kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.”
(Riwayat Abus Syaikh dari Anas).
8. “Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku
kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).
Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan
hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W akan memperolehi 30 faedah
yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah,
ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh
darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad S.A.W
dan lain-lain lagi.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge