Kehidupan

Apabila kita melihat ke langit kita rasa kehidupan ini
luas, kalau kita hanya lihat ke bumi kita rasa kehidupan ini sempit. Sebab itu
syurga itu seluas langit dan bumi…dan kita akan berjalan diatas muka bumi ini
dengan penuh rahmat Tuhan…dan kita percaya rahmat itu boleh datang dalam
berbagai-bagai keadaan. Macam-macam rahmat yang Allah bagi saban
hari..sebahagian yang kita miliki daripada kebaikan-kebaikan yang kita ada pada
hari ini tidak juga kerana usaha kita dan tidak juga dahulu tersenarai dalam
harapan kita. Tetapi Allah telah munculkan ia dalam hidup kita apa yang kita
tidak sangka.

Kadang-kadang kita letak kepala kita dibantal kita terfikir
“bila aku akan berhenti berlari atau pun berjalan?”…dan setiap hari kita
berjalan kita menemui pengalaman yang baru serta cerita yang baru, tetapi bila
kita balik kepada diri kita semata-mata kita hanyalah hamba Allah…dan kita akan
pulang kepadaNya tanpa semua hal ini, tanpa pangkat kedudukan, sijil-sijil,
anugerah-anugerah serta wang ringgit…

“Walaqad ji’tumuunaa furaada kamaa khalaqnaakum ‘aw wala
marratin…Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari
kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya”
(Al-An’aam 6:94)
Berlari dan berjalanlah kita dalam kehidupan ini untuk menuju destinasi kita
masing-masing serta pada garis penamat yang kita pun tidak tahu. Tetapi
percayalah selagi mana kita bertawakal kepada Allah kita akan mendapati kehidupan
ini sangat luas dan jalan serta ruang untuk kita hidup itu ada didalam pelbagai
warna dan rupa selagi mana kita sentiasa berkata “Ya Rabb…tolonglah aku…Wahai
Tuhan..tolonglah aku”

1 thought on “Kehidupan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge