Kebaikan Bulu Ketiak

kebaikan, bulu, ketiak.
Serius nie..jangan dok gelak..Ingat apa? Bulu ketiak tak ada kebaikan ke ? Ada tau…Kebanyakkan orang mempunyai bulu ketiak sama ada panjang
atau pendek.  Tapi tahu tak apa kebaikan bulu ketiak?
Bulu ketiak ialah komposisi bulu di bahagian bawah
ketiak.  Seperti kebanyakkan bulu badan yang lain, bulu ini biasanya mula
tumbuh pada masa akil baligh dan pertumbuhannya lazimnya sempurna pada
penghujung usia remaja.  Perembesan feromon daripada aksil pada peringkat
perkembangan manusia ini menunjukkan perkaitan bulu ketiak dengan seksual.
Respons positif terhadap rangsangan olfaktori di dalam
mamalia dan desakakn seks yang kuat adalah disebabkan oleh perembesan feromon
memberi petunjuk yang berguna mengenai tujuan dan kepentingan bulu ketiak
kepada manusia.  Pernah dikatakan bahawa bulu itu sendiri bertindak
sebagai sifat “anti geseran” semula jadi di antara lengan atas dengan
toraks.
Lebih penting lagi, bulu ketiak secara semula jadi mengusir
kelembapan daripada kulit yang membantu kulit supaya cukup kering bagi mencegah
pengkolonian bakteria yang mengeluarkan bau.  Bulu ketiak juga boleh
mengurangkan bau badan.

1 thought on “Kebaikan Bulu Ketiak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge