Kari Oh Kari

Hanis zallikah,mariam,kampung,putat
Berdasarkan cerekarama Mariam Kampung Putat semalam, aku
rasa ada betulnya juga nak cari isteri mestilah yang pandai buat kari. Aku rasa
lah kan, zaman sekarang ni, nak cari gadis yang pandai buat kari memang susah.
Yang senang, pergi kedai mamak, beli kari mamak.  Kalau tengok dari cara buat kari tu memang
senang, tapi untuk pastikan kari tu sedap dan menepati selera orang memang
susah.
Kari,Kepala,ikan,sedap,kari,utara
Kepada anak gadis zaman sekarang, kena belajar masuk dapur
sama. Walaupun belajar tinggi-tinggi, wanita tetap kena masuk dapur. Kalau dah
kahwin nanti, macam mana nak masak untuk suami ? tak kan tiap kali nak makan
kena pergi makan kat luar? Kalau suami tu jenis poket penuh, itu tak apa lah,
jangan nanti suami bawa balik madu sudah. Siapa yang melepas nanti? Biarlah
masak tak sedap, tapi hati ikhlas. Sedap ke tak itu belakang kira sebab
kemahiran memasak boleh dipertingkatkan. Tak gitu ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge