JPJ Rekod 1,876 Kesalahan Bergambar Pengguna Jalan Raya

Sebanyak 1,876 kesalahan bergambar pengguna jalan raya direkodkan secara bergambar oleh Pasukan Khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak Op Selamat bermula hingga semalam di seluruh tempat. Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datu ismail Ahmad, pihaknya kini dalam proses untuk mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan terbabit.

Beliau berkata, anggota JPJ yang menyamar dan menaiki 52 perjalanan bas ekspress merekodkan kesalahan dilakukan pemandu seperti menggunakan telefon bimbit, memotong di garisan berkembar serta memandu melebihi had laju.

Jom semak saman JPJ sekarang. Klik sini >> semak saman JPJ
sumber : Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge