Tips Yakinkan Diri

Kali ni aku nak kondsi sikit tips untuk yakin diri. Ini berdasarkan apa yang aku baca lah. Untuk makluman korang, kebanyakan dari tips ni aku amalkan. Alhamdulillah…memang bagus untuk aku..Korang pun cubalah juga yer….Tips apa yang aku nak bagi ni???? Ini tips untuk keyakinan diri macam nie….
improve, confident, level
  1. Milikilah rambut yang sihat. (Lelaki ke Perempuan ke pun penting ni..yang pakai tudung pun sama)
  2. Senyum seindah sang suria. Senyum membuat diri lebih tenang dan gembira, juga membuatkan diri senang untuk didekati. (yang ni penting sangat-sangat…kalau muka macam cuka, orang tengok pun takut…)
  3. Wajah yang bersih. Wajah yang bersih memberi keyakinan untuk bersua atau berurusan dengan orang      lain. (kalau soal wajah ni, biasa lah kan..tak semua orang ada wajah kacak atau cantik..tak kacak atau cantik dimata manusia tapi kacak dan cantik dimata Maha Esa.)
  4. Cuba sesuatu yang baru atau berbeza yang belum anda lakukan. (yang ni korang jangan buat yang pelik-pelik pula…nanti habis aku..huhuhuhu….)
  5. Berpakaianlah mengikut percaya pada diri. Pakaian bersih dan kemas membuat diri lebih yakin. (yang ni pun penting juga….korang pakailah ikut kesesuaian dan keselesaan diri korang tue..badan korang bukan badan orang yang dok kutuk tue..biarlah orang cakap baju ketinggalan zaman ke apa ke yang penting duit kita…hehehe)
  6. Ubah cara komunikasi. Buang sikap rasa malu atau kurang yakin ketika berkomunikasi. Bergaul dengan pelbagai tingkat masyarakat.(ni kira macam aku lah ni..malu nak cakap dengan orang tak kenal tapi kalau dah kenal, macam-macam aku sembang sampai dia pula jadi pendiam…)
  7. Wujudkan respon atau tubuh yang baik dalam setiap interaksi. Seperti anggukkan kepala tanda faham. (yang ni korang buat jer…anguk-angguk..geleng-geleng..tapi bukan korang dengar pun….)
  8. Menjadikan orang yang mempunyai keyakinan diri sebagai model. Bergaul dan berkawan dengan orang yang punyai percaya diri yang tinggi. (yang ni memang aku pun dok buat..bukan dok gaul dengan model atau artis tapi dengan orang sekeliling kita tue..)
  9. Jadilah seorang yang proaktif seperti mengambil peluang serta menentukan kehendak yang positif cenderung untuk lebih berjaya.
  10. Bangunkan harga diri anda. Senaraikan apa yang anda ingin ubah atau tingkatkan tentang cara berinteraksi dengan orang lain. (yang ni jangan salah faham…bukan korang nak jual diri yer….korang kena faham sendiri lah, aku nak terangkan puntak pandai..nanti tunggu aku jadi cikgu..hehehe…boleh ke???)
yes, you, can

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge