Kelebihan Sahur

Ibnu Umar ra meriwayatkan bahawa Rasullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengirim rahmat ke atas mereka yang makan sahur…”
Bersahur bukan hanya mendapat keberkatan sepanjang puasa tetapi ia juga adalah amalan untuk mengekalkan kesihatan.
lawak, bangun , sahur
Kelebihan bersahur :
Kalau korang nak tau, bersahur ni merupakan waktu paling penting untuk memulakan hari berpuasa kita. Bersahur bermaksud mengambil makanan sebelum hampir waktu menjelang subuh. Bukan ketika subuh dan selepas subuh ye…ingat tu…Bersahur adalah cara terbaik ntuk memulakan hari puasa. Jangan jadikan alas an tidak makan sahur jika anda tidak berpuasa. Nikmatilah dan rasailah betapa segar dan sihatnya jika korang bangun awal pagi dan bersahur, tambahan lagi jika korang mandi waktu tue…uuuu…bestnya….kalau yang dok kat kampung tu lagi best….
MasyaAllah..dah melalut aku nie…ok…bersahur ni dapat menambah nutrisi yang melengkapi diet harian. Itupun jika korang utamakan menu bersahur yang mengandungi vitamin, protein, fiber dan mineral. Kalau tak, tak de lah tambah nutrisi tu, isi bertambah adalah…. Seterusnya, menu sahur yang korang ambil dapat memberi prestasi dan tumpuan terhadap setiap rutin harian yang dilakukan. Korang mungin akan kurang rasa letih dan lapar. Tapi aku rasa yang ni tak semua orang lah…mungkin bergantung pada kerja juga kot…..Dengan korang bangun bersahur ni juga dapat menjadikan tubuh badan korang lebih kuat dan bertenaga terutama apabila korang melakukan aktiviti fizikal pada siang hari yakni masa korang berpuasa tu..Dannnnn….korang juga mampu mengawal kada kolesterol. Macam mana korang nak kawal tu?korang sendiri  yang tentukan makanan yang rendah kolesterol yer..jangan pula ambik alat kawalan tv tue….hihihihi..
Ni ada satu info yang  boleh dikongsi untuk korang tahu …Ada satu kajian yang dibuat kepada mereka yang ambil sarapan pagi, para penyelidik mendapati bahawa mereka ini tiga kali kurang berisiko untuk mengalami berat badan berlebihan berbanding mereka yang tidak mengambilnya.
kelebihan, sahur

1 thought on “Kelebihan Sahur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge