Jerman Juara FIFA 2014

Hari ini telah berlangsungnya perlawanan akhir FIFA 2014 antara Jerman dan Argentina.  Pasukan yang aku sokong tiap kali FIFA adalah Jerman. Jerman tetap di hati sama seperti kekasih aku tu Maya Karin. hahaaha….

aksi, perlawanan, german, jerman, vs, argentina, FIFA

Aksi pada separuh masa pertama menyaksikan Gonzalo Higuain memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol hantaran Ezequiel Lavezzi namun pembantu pengadil terlebih dahulu mengesan pergerakan ‘offside’ oleh Higuain. Jerman juga hampir berjaya menjaringkan gol melalui tandukan Benedikt Howedes tetapi sayangnya terkena tiang gol.

Pada separuh masa kedua pula menyaksikan Argentina membuat serangan ke arah gawang gol Jerman namun berjaya dikawal oleh Philip Lahm.Peluang terbaik bagi Lionel Messi tersasar apabila cuba melepaskan rempatan ke arah pintu gol Jerman.

Perlawanan ini seterusnya berlanjutan ke masa tambahan menyaksika penyerang Argentina Rodrigo Palacios yang dimasukkan menggantikan Gonzalo Higuain berdepan peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun sekali lagi lambungan bolanya yang melewati Neuer tersasar ke tepi gol.

Pada minit ke 113 masa tambahan, pemain tengah Jerman, Mario Gotze akhirnya berjaya meletakkan Jerman dihadapan dengan jaringan cantik memperdayakan penjaga gol Argentina, Sergio Romero.  Jerman menang 1-0 keatas Argentina.

final, FIFA, 2014, pemain, german, mario, gotze, jaringkan, gol


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge