Jenazah Dua Pelajar Malaysia Selamat Dikebumikan Ditanah Air

Assalamualaikum….

Diawal perbicaraan aku ingin mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga pelajar berkenaan iaitu Adzreen Dimyati dan juga Hanisah Muhd Shah. Jenazah kedua-dua pelajar ini yang terbabit dalam kemalangan maut di Russia telah selamat dikebumikan.
Jenazah Hanisah Muhd Shah pelajar tajaan Mara, dikebumikan di Dungun, Terengganu. Manakala Jenazah Adzreen Dimyati pelajar tajaan JPA dikebumikan di Putrajaya. Jenazah kedua-dua pelajar ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  pada pukul 10.05 malam semalam dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai. Sebaik tiba, jenazah Adzreen dibawa dengan van ke Surau Al-Iman di Presint 9, Putrajaya untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya kira-kira pukul1.40 pagi tadi. Manakala jenazah Hanisah terus dibawa ke Dungun, Terengganu, disembahyangkan selepas solat subuh di Masjid Tengku Ampuan Intan Zahara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek, Dungun, Terengganu kira-kira jam 7.55 pagi.
Mereka adalah pelajar tahun 5 Akademi Perubatan Negeri Nizhy Novgorod terbunuh dalam nahas jalan raya di Vladimirskaya, Rusia, Ahad lalu dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny.
Al-Fatihah untuk kedua-dua jenazah. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge