Ibu Harimau, Anak Babi

Sebelum itu aku nak minta maaflah jika tajuk entry aku ni lain macam sikit. Tapi aku nak kongsi satu info yang aku ketahui. Ibu harimau, anak babi. Itu lah tajuk aku. Ini tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau meninggal dunia.

Berbalik kepada tajuk utama aku ini iaitu ibu harimau,anak babi ada lah satu perkara yang betul terjadi. Kes ini berlaku di California dimana seekor harimau (harimau ni binatang ye,bukan nama manusia) telah melahirkan anak tidak cukup bulan atau pun pramatang. Walau bagaimanapun, anak yang dilahirkan itu tidak dapat meneruskan hidup dan mati sejurus dilahirkan. Selepas segalanya selesai, pihak zoo menghantar harimau ke sangkarnya kembali. Selepas kejadian itu, keadaan kesihatan ibu harimau ini merosot dan lemah. Pakar veterinar merasakan bahawa ibu harimau ni kemurungan setelah kehilangan anaknya. Bagi memperbaiki keadaan kesihatan ibu harimau, pakar veterinar memutuskan untuk mencari anak harimau yang lain sebagai anak angkatnya.
Malangnya, setelah di cari di merata tempat, tiada anak harimau seusia dan baru dilahirkan. dengan itu, pihak zoo memutuskan untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan tidak pernah dilakukan dalam persekitaran zoo iaitu dengan mengambil ‘anak-anak yatim’ yang berbeza spesis. ‘Anak-anak yatim’ itu ialah anak babi. Pihak zoo dan veterinar membalut badan anak-anak babi itu dengan kulit harimau dan meletakkan nya dengan ibu harimau.

p/s : Maklumat ini aku dapat dari satu sumber berbahasa Inggeris. Macam mana lah anak babi ni nak mengaum ye ? ooopppsss….

1 thought on “Ibu Harimau, Anak Babi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge