Harimau Patahkan Sayap Garuda

Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya kerana telah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012. Harimau Malaya Malaysia mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir setelah mematahkan sayap Garuda Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Nampaknya eksperimen K. Rajagobal kali ini berjaya kerana telah menghasilkan kemenangan berganda setelah Malaysia menewaskan Laos 4-0 sebelum ini.  Pasukan Malaysia akan bertenbung dengan Thailand di separuh akhir yang akan berlangsung 9 Disember di Bukit Jalil dan di Bangkok 13 Disember.
Tapi, dukacita juga bagi aku kerana aku tidak dapat saksikan perlawanan Malaysia menentang Indonesia semalam. Hari ini aku hanya saksikan jaringan 2 gol Malaysia di youtube je. Tahniah kepada team Malaysia.
wan,zack,haikal,gandingan,terbaik,dengan,mahalli,jasuli

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge