Hari Raya Bersama Fariez Ismail

Assalamualaikum….

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang ini, aku nak selitkan sedikit pengalaman raya artis kat blog aku. Bukan apa, saja nak kongsi cerita raya mereka. Fariez Ismail nama diberi, itu lah artis yang akan berkongsi cerita raya kali ini. Sebelum ini, Fariez Ismail ada berkongsi cerita puasa dia kan? Baca tak? Klik sini untuk ketahui cerita puasa Fariez Ismail.

pelakon, hotel, hasanah, fariez, ismail

Apabila diminta berkongsi cerita raya, Fariez Ismail memberitahu satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya ialah semasa seluruh ahli keluarganya berkumpul dirumahnya. “Cuba bayangkan apabila seluruh keluarga dari sebelah ayah dan mak datang berkumpul kat rumah, memang penuh dan meriah. Macam-macam aktiviti yang dilakukan. Termasuklah dari segi persiapan hinggalah kemuncak malam raya. Main mercun ramai-ramai tidak kira usia. ” cerita Fariez.

Selain itu, Fariez memberitahu juadah hari raya kegemarannya ialah nasi tomato, ayam masak merah , lemang dan rendang tok. Cerita penggemar kuih samprit, kuih tart dan peniram ini lagi, persiapan raya  seperti biasa saja memandangkan dia masih lagi baru dalam dunia seni ini. Tambahnya lagi, ” Selalunya rumah terbuka saya akan buat selepas Hari Raya Keenam kerana biasanya mak dan abah saya aku puasa dahulu”.

pelakon, fariez, ismail dalam, hotel, hasanah

Begitulah sedikit cerita dari Fariez Ismail. Satu perkongsian cerita rayanya untuk tatapan anda semua. Lepas Hari Raya keenam boleh lah kita ramai-ramai pergi rumah terbuka Fariez Ismail ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge