HANYA DI MALAYSIA – Panggilan Nama

Hanya di Malaysia, panggilan nama seperti Pak cik, Mak Cik, Abang, Kakak, Adik dan banyak lagi dipanggil untuk orang yang kita tidak kenal. Mungkin diantara kita tidak kisah dengan panggilan begitu kerana dengan panggilan itu dapat mengeratkan lagi hubungan kita. Tambahan pula apabila kita baru sahaja bertemu dengan orang baru, dengan memanggil panggilan seperti aku sebutkan tadi boleh membawa kemesraan walaupun pengenalan hanya baru beberapa minit. 
Berdasarkan pengalaman aku semasa kerja dalam bahagian perkhidmatan pelanggan memang dengan panggilan sedemikian dapat menambah kemesraan aku dengan pelanggan. Pernah juga ada pelanggan yang datang kepada aku itu, aku layan macam seorang kawan. Semua rakan sekerja aku pun naik hairan. Lepas saja pelanggan tu pergi, mereka datang kepada aku, ” Siapa tu ? Kawan kau ke? “. Jawapan aku kepada mereka ” Entahlah, aku pun tak kenal dia.” hahahaha…
Bukan itu sahaja, dalam melalui rencah dalam bahagian khidmat pelanggan yang mana perlu sentiasa berhadapan dengan pelanggan yang tidak kira usia, bangsa dan agama. Memang banyak selera nak kena aku ikut. Naik pening aku dibuatnya. Aku pernah dipanggil Pak Cik (tua sangat ke aku??) tapi oleh budak-budak kecil lah. dan yang paling seronok, walaupun diluar waktu berkerja, pelanggan yang pernah aku layan dulu boleh cam dan tegur aku. Dah macam artis pula tu. hehehee…
Sekarang ini aku tak kisah jika orang panggil aku abang, adik atau pak cik sebabnya aku dah biasa. Jangan panggil hangit sudah lah ye….

2 thoughts on “HANYA DI MALAYSIA – Panggilan Nama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge