Fir Rahman Marah Dengan Johan

Fir Rahman marah dengan Johan ? Hah??? Siapa Fir Rahman ni ? Siapa Johan ? Johan mana ni ?Relaks…nak tau lebih lanjut jom baca kat bawah ni.

Adakah korang penonton setia TV3 ? Jika ya, pasti korang tidak akan terlepas menonton drama Ramadan Jangan Pergi yang mengisi ruang slot samarinda pada setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 10 malam. Aku rasa korang pasti benci dan marah kepada Johan iaitu watak utama dalam drama ini. Bukan saja korang je yang marah tetapi pelakonnya sendiri juga marah dengan watak yang dibawakannya itu.

Aku ceritakan sikit watak Johan ini. Johan merupakan suami kepada Farah. Mereka berkahwin tanpa restu dari kedua-dua keluarga mereka. Setelah berkahwin dan dikurniakan seorang anak, Johan mula berkawan semula dengan Nadia iaitu calon menantu pilihan ibunya. Perangai Johan berubah sejak berkawan dengan Nadia. Dia mula menjadi suami yang tidak bertanggungjawab dan mengkikis duit Farah. Ibu Johan meminta Johan berkahwin dengan Nadia dan menceraikan Farah. Adakah Johan akan bercerai dengan Farah dan berkahwin dengan Nadia ? Jika korang baca entry aku Fir Rahman Pembawa Watak Johan Dalam Ramadan Jangan Pergi korang pasti akan jumpa komen-komen amarah penonton. Ok..Aku kenalkan korang dengan Fir Rahman.
fir, rahman, pelakon, ramadan, jangan, pergi
Fir Rahman atau nama sebenarnya Firdaus Abdul Rahman merupakan anak kelahiran Singapura. Drama Ramadan Jangan Pergi merupakan drama lakonan yang pertamanya di Malaysia.Selain berlakon, bapa kepada seorang anak ini juga merupakan Personal Trainer di Singapura. Fir Rahman bersyukur kerana diberi peluang oleh Shiela Rusly untuk berlakon di Malaysia dan diberi peranan memegang watak utama dalam Ramadan Jangan Pergi. Fir Rahman juga berharap lakonannya diterima baik oleh masyarakat walaupun ramai penonton marah dengan Johan. Katanya, Johan adalah merupakan watak yang dilakonkannya. Jika penonton marah bermakna penonton marah dengan Johan dan bukan dirinya. 

“Memang patut pun Johan kena marah dengan penonton. Saya tengok sendiri pun saya geram “, beritahu Fir Rahman kepada aku.

Firdaus, rahman, atau, fir, rahman, 9, nyawa

Setakat ini dulu aku ceritakan pasal Fir Rahman. Bagi korang yang nak kenal dengan tuan punya badan boleh lah ke facebook Fir Rahman Official. Like jangan tak like..hehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge