Fir Rahman Bersyukur Di Beri Peluang

Mungkin ramai tidak mengenali siapakah jejaka yang bernama Fir Rahman ini. Tetapi mungkin korang akan kenal jika disebutkan watak yang dilakonkannya iaitu Johan dalam drama Ramadan Jangan Pergi yang bersiaran setiap hari Selasa hingga Khamis di TV3.
pelakon, Ramadan, jangan, pergi, Firdaus, rahman

Pertama kali muncul dikaca televisyen Malaysia, Fir Rahman atau nama penuhnya Firdaus Abdul Rahman, bersyukur kerana diberi peluang kepadanya oleh Shiela Rusly dan Jinggo. Menurut jejaka yang berasal dari Singapura ini, dia bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh Shiela Rusly dan Jinggo untuk membawa watak utama drama Ramadan Jangan Pergi. Fir Rahman juga berharap agar penonton dapat menerima lakonannya dan tambahnya lagi, dia juga berharap penonton hanya benci dengan watak Johan tetapi bukan dengan dirinya. Ini kerana watak Johan yang dibawakan oleh Fir Rahman adalah berbeza dengan dirinya. Dia cuma melakonkan berdasarkan kehendak skrip yang diberikan.

fir, rahman, pelakon, ramadan, jangan, pergi, tv3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge