Episod Akhir Ramadan Jangan Pergi

episod, akhir, drama, ramadan, jangan, pergi, tv3

Semalam adalah episod akhir bagi drama Ramadan Jangan Pergi yang bersiaran selama 15 episod di TV3. Episod akhir semalam ibarat tergantung dan meninggalkan persoalan. Watak Ahmad iaitu abg ipar kepada Johar akhirnya berfungsi dalam episod akhir ini. Jom aku ceritakan sedikit ringkasan dalam episod akhir Ramadan Jangan Pergi ni.

Ringkasan Episod Akhir Ramadan Jangan Pergi

Dalam episod akhir ini, Nadia buat keputusan tidak mahu berkahwin dengan Johan setelah mendengar penjelasan dari Johan. Mami Johan dan Kak Zana ingin berjumpa dengan Farah tetapi kereta mereka rosak semasa dalam perjalanan. Johan akhirnya berterus terang memberitahu semua penipuan dia hanya untuk mendapat restu dari Mami dia. Walaupun Johan buat keputusan ingin merujuk kembali bersama Farah, mami Johan tetap tidak setuju. Pada masa ini lah, Ahmad iaitu suami Zana lantang bersuara setelah mengetahui penglibatan isterinya dalam meruntuhkan rumahtangga Johan. Ahmad buat keputusan akan bercerai dengan Zana sekiranya Zana meneruskan agenda Mami.
” Saya akan talakkan Zana sebagai hukuman sebab bersubahat dengan Mami menjatuhkan masjid Johan”.
Ahmad meminta Zana membuat keputusan samada ikut mami atau dia. Ahmad meminta Johan membawa dia dan Zana berjumpa dengan Farah.Mereka membawa pulang Farah dan Aidil ke rumah berjumpa dengan mami Johan. Mereka memohon maaf dari mami. Mami memafkan walau tidak rela. Di akhir cerita, mami Johan dan daddy Johan ke masjid. Mami Johan berasa pelik dan seperti terasa ada benda halus. TAMAT

fir, rahman, siti, saleha, pelakon, ramadan, jangan, pergi, tv3, episod, akhir

Iya..Tamat macam tu jer drama ni. Nak cakap tergantung ke tak ? Tapi ada tinggal persoalan. Bagaimana dengan Nadia akhirnya? Sebenarnya Johan dengan Farah dah rujuk semula ke belum? Bagaimana pula dengan Umi Farah ? Kan Umi Farah tak setuju jika Farah terima Johan semula? Ahmad dengan Zana ada anak ke? Tapi mana anak mereka?
Hhhhmmmm….Mungkinkah akan ada Ramadan Jangan Pergi 2 ? Sama-sama lah kita nantikan tahun depan.
ramadan jangan, pergi, trending, twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge