DRAMA TIPU KITA

Dalam drama Melayu terdapat banyak nilai yang tidak sihat. Walau ia drama ia tetap melekat
diminda kita sepanjang masa.
1. Anak muda dalam drama hidup kaya raya, mereka tak bayar PTPTN ka?
2. Rumah mesti bunglo ada kolam mandi 7 depa, itu belum tunjuk orang gaji ada 5.
3. Projek juta ria saja, mesti sebut ‘Holding Company’
4. Dato dan Tan Sri mesti ada dalam dialog mereka.
5. Orang kaya itu jahat sifatnya, mesti ada dengki sesama mereka. Nak masuk neraka ka?
6. Bulu mata lentik mesti pakai walau dalam bilik tidur dan bilik mandi.
7. Jika berhijab waktu tidur masih pakai juga, memang tidur pakai tudung fatwa baru
kebangsaan?
8. Lelaki pegang wanita itu tiada salahnya, adengan romantik katanya.
9. Aktiviti shopping sepanjang masa,mesti bawak beg shopping kemana mana
10. Kerja mudah tapi kaya raya, buka file sikit tapi bawa kereka BMW dan Audi punya
11. Tiada kereta Proton Saga dan Produa
12. Bercuti mesti keluar negara,bukan pantai Merdeka
13. Belanja mewah itu biasa
14. Mak ayah mesti kaya raya tak ingat dunia
15. Acara kahwin mesti meriah giler, macam hidup dalam istana
16. Mesti ada pendengki dalam mana mana organisasi.
17. Mengumpat itu pasti
18. Temanya hanya Cinta, cinta, cinta, cinta dan cinta lagi.
19. Bila jadi bos mesti garang giler. Nak hempas meja sahaja.
20. Waktu makan mesti ada dialong mewah dan gaduh punya, perut tak lapar ka?
Banyak nilai salah dalam drama kita, tiada nilai yang bina masyarakat sebenarnya.
Berhentilah tonton drama Melayu, ia sedang menghina pemikiran kita. Banyakkan baca buku dan
sembang dengan anak anak.
Kurangkan drama dalam hidup kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge