Drama Ramadan Jangan Pergi

Drama Ramadan Jangan Pergi ini akan mengisi slot samarinda TV3 pada bulan Ramadan. Drama ini menampilkan Siti Saleha dan Firdaus Rahman sebagai watak utama. Drama 15 episod ini hasil arahan Jinggo, skrip oleh Sofia J. Rhyland dan Shiela Rusly. Drama Ramadan Jangan Pergi ini terbitan JS Pictures SDN BHD. Bersiaran setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 10 malam. Antara pelakon yang terlibat ialah Shiela Rusly, Lufya Lulu, Watie Sadali, Dato Eizlan Yusuf, Catriona Ross dan Muntazar Ghani.
dramatv, ramadan, jangan, pergi, tv3

drama, tv3, ramadan, jangan, pergi
Sinopsis : 
Farah berkahwin dengan Johan pada usia yang muda dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan, Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.
Menjelang bulan Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya Farah sangka akan dimadukan tetapi sebaliknya. Johan Mahu menceraikannya. Farah sedar ini mungkin balasannya kerana dia mengingkari ibunya, Rohani. Rohani tidak merestui perkahwinan Johan dan Farah Johan biadap dengan orang tua.
Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang terjadi kepada Farah ? Berjayakah Nadia desak Johan untuk bercerai dengan Farah ?Adakah mereka akan bercerai ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge