Drama Kusinero Cinta

Drama Kusinero Cinta menampilkan pelakon terkenal dari Filipina Jericho Rosales digandingkan bersama Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah. Drama arahan Feroz Kadir dan terbitan Global Station ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam di saluran Astro Mustika HD 134 dan juga tayangan serentak di saluran Astro Bella 133. Turut berlakon dalam drama Kusinero Cinta ini ialah Jasmin Hamid, Arash Mohamad,Miera Liyana, Bella Dally dan ramai lagi.

kusinero, cinta, lakonan, jericho, rosales, aaron, aziz

tiz, zaqyah, aaron, aziz,jericho, rosales, pelakon, kusinero, cinta

Sinopsis :

Fredo Rivera adalah merupakan anak muda yang berasal dari cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi seorang chef yang berjaya.

Edrinna Mahadzir pula gadis Malaysia yang datang ke Manila bersama ibunya Datin Raudah untuk melawat kafe mereka yang beroperasi disana.

Namun takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya hubungan mereka kurang baik kerana kehadiran Hafizul Fitri yang meminati Edrina.

Pada suatu hari Edrinna hilang di Manila dan Fredo berjaya menyelamatkannya. Justeru hubungan mereka semakin rapat.

Fredo yang tiada tempat tinggal dan juga pekerjaan diambil bekerja oleh Chef Rio yang memilik restoran terkenal di Manila. Bermula sebagai pencuci pinggan, Fredo akhirnya berjaya menjadi pembantu chef kepada Chef Rio. Fredo bertemu dengan Justina, anak perempuan Chef Fredo yang turut bekerja di La Secret.

Sementara itu, Syed Izmir pula sangat meminati bidang masakan tetapi terpaksa menyambung pelajaran dalam jurusan perniagaan kerana menuruti hasrat bapanya. Syed Izmir berteu dengan Edrinna semasa dalam perjalanan ke Manila untuk urusan kerja. Pada masa yang sama, dia juga bertemu dengan kawan baiknya Fredo. Mereka juga bertemu kembali ketika menyambung pengajian di Melbourne.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge