Drama Kalau Itu Jodoh Kita TV Al-Hijrah

Saksikan drama terbaru yang akan ditayangkan di TV Alhijrah mulai Ogos ini iaitu Kalau Itu Jodoh Kita. Drama ini dilakonkan oleh Uqasha Senrose, Qi Razali, Anzalna Nasir, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.


Sinopsis Kalau Itu Jodoh Kita
Mempamerkan kehidupan pasangan suami isteri yang masih muda dan diuji dengan pelbagai ujian. Perkahwinan antara mereka telah diaturkan oleh orang tua mereka. Pelbagai dugaan yang dihadapi dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mempertahankan rumahtangga mereka.Akhirnya,Feroz sedar yang Lutfa adalah cinta pertamanya dan seorang isteri yang cukup sempurna.Feroz dan Lutfa sedar bahawa restu pilihan kedua orang tuanya adalah pilihan yang terbaik bagi mereka.