Doa Untuk Elak Keguguran

pada, waktu, mengandung, banyak, risiko, keguguran.
Anak adalah permata hati bagi ibu dan bapa. Tetapi alangkah sedihnya jika, berlakunya keguguran disaat seorang ibu sedang mengandung. 
Fakta Keguguran
Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Sebab keguguran

Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

SURAH AL-Hij’r (Batu Gunung)
Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah
ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak
kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
surah, alhijr, doa, elak, keguguran
Terjemahannya:
 Ayat 97
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau
bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
Ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu,
serta jadilah dari orang-orang yang sujud.
Ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara
yang tetap) yakin.
  
Cara-cara Bacaan.
Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas
setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut
anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.

1 thought on “Doa Untuk Elak Keguguran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge