Dilema

Assalamualaikum….

Salam ceria korang.. Tengah buat apa tue… Sihat ? Aku ? Aku dah beberapa hari tak sedap badan… Campur-campur pelbagai rasa… Pening kepala, badan penat, mata dah terasa letih, macam-macam lah…Orang lain panas, aku sejuk.. Nak kata demam tak juga…Mungkin sebab terlalu penat kot.. Ye lah kan.. Aku asyik kerja…kerja..kerja…semata-mata nak kejar target jualan…bila dah sampai target, tetiba kata tak sampai lagi…Rupanya target jualan diubah tanpa pengetahuan aku…huhuhuhu…sabar jer lah… Dari aku mula kerja pada 13 Jun lalu sampai sekarang ni, aku tak da cuti lagi…Korang percaya tak?

Betullah aku tak cuti lagi nie… Ini sebab nak capai target jualan yang tetiba bertukar dan juga hendak ambil kepercayaan dari majikan….huhuhu…. Hanya Allah jer tahu apa yang aku rasa… Sekarang ni rasa dilema jer… Bukan Dilema Wanita ye tapi Dilema Wan…hahahaha…. sebenarnya aku dah tak nak cakap pasal masalah kat tempat kerja aku ni… Sebab sebelum aku solat Zohor dia ada telefon aku dan dia cakap dia tak kira lagi gaji OT aku.. Aku pun tak kisah dan aku mesej dia cakap macam ni ” kalo betul duit yang ada tak sama dengan sistem, saya rela bayar balik”.. Sebab utama aku nak bersihkan nama aku walaupun aku tahu bukan salah aku.. Mungkin aku khilaf dekat pengiraan duit tu..Aku ni bukan nya pandai sangat Matematik….

Tapi tadi lepas solat Zohor, aku dapat panggilan telefon… Korang tahu lah kan siapa nak telefon aku…hahahaha… Dah malas aku nak cakap… Tadi dia telefon dengan nada yang kasar tanya hasil untuk 3 hari lepas… Apa nak buat nasib aku nie..huhuhu…Semua ni Aku berserah kepada Allah jer… Hanya Allah yang tahu segalanya…

p/s: badan rasa lemah dan kepala terasa berat sangat2…..nak rehat sambil menginsafi lumrah hidup…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge