Dialog Cinta Dan Zina

CINTA : Kamu bukanlah aku,dan aku bukanlah kamu…kita benar-benar berbeza
antara satu sama lain…

ZINA : Syaitan yang selalu menyuruh manusia untuk menganggap aku dan kamu
adalah sama.Dia akan membisikkan manusia agar mereka mahu melakukan
zina,sebagai bukti adanya kamu.Mereka mengatakan,”Kalau kamu cintakan
aku,marilah berzina denganku.”

CINTA : Kamu tiada hubungan denganku.Kerana kalau manusia benar-benar tulus
mencintai,dia akan menjaga dirinya.Dia tidak akan merosakkan diri dan
kehormatannya.Aku dibentuk dari sebuah ketulusan untuk mencintai,kelembutan
untuk menyayangi,dan keadilan untuk saling bersatu hati.Sementara kamu dibentuk
oleh nafsu terlarang,keinginan yang jahat dan bisikkan syaitan yang
menyesatkan…

ZINA : Tapi mereka banyak yang melakukannya atas nama cinta!

CINTA : Bohong.Jika mereka mengatakannya seperti itu,semuanya hanyalah palsu
belaka.Tidak ada cinta dalam zina.Kerana zina hanya akan merosakkan ketulusan
cinta,seperti rosaknya sebuah bangunan kerana sebiji bom.

ZINA : Mereka katakan zina akan menguatkan cinta mereka…

CINTA : Oh,tidak.Sama sekali tidak.Zina hanya akan merosakkakn hubungan
mereka.Cepat atau lambat,hubungan mereka pasti akan berakhir.Kerana setiap
perkara yang baik harus dimulakan dengan kebaikkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge