Dapat Hadiah

Waaahhhhh…. seronoknya aku bila sampai dirumah petang tadi, ada bungkusan besar kat atas meja. Mula tu aku ingat bungkusan itu mak aku punya. Rupanya bungkusan untuk aku. Eh… siapa pula lah yang nak bagi hadiah kat aku ni ??? memang besar bungkusan tu.  Aku tengok kat nama penghantar, rupa-rupanya bungkusan ini datang dari Pusat Punggutan Zakat. Ooooo…. baru aku tahu bahawa bungkusan ini adalah hadiah kemenangan kuiz yang aku sertai dulu. Sebelum ini pun aku ada juga buat entry pasal aku menang kuiz tu yang bertajuk Aku Menang !!!

Ok.. Dah baca ? Kalau dah baca, ini lah hadiah yang aku terima….

Eh… bukan yang ini lah, tapi yang kat bawah in lah. Itu cuma kotak je….. (aku dan keluarga aku pun terkena) hehehehe….

Alhamdulillah, banyak betul aku dapat. Sebenarnya hadiah ini dalam bentuk hamper. Memandangkan aku tak dapat pergi ke sana untuk menerima hadiah ini, pihak PPZ mengeposkan hadiah ini untuk aku. Terima kasih aku ucapkan kepada pihak PPZ. Kalau korang nak menang hadiah macam aku ini, jom lah LIKE page Facebook PPZ. Pelbagai peraduan diadakan. Rugi kalau korang tak LIKE. Disamping kita mengetahui info-info zakat, kita juga boleh menang hadiah. Jom lah LIKE page Facebook PPZ.

You may also like

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge