Dah Capai Matlamat Juga

Alhamdulillah…..tadi punya lah ramai pelanggan yang aku layan.Berbagai macam karenah dan bau….sampaikan aku yang tak pernah nak marah,tadi aku jadi pemarah. hah..lantaklah diaorang nak cakap apa…aku tak ambil peduli…janji aku puas…hahahahaha…… Bukan inilah yang aku nak tulis…liquid paper takde plak…jangan cakap apa-apa…ok…

Sebenarnya, beberapa hari lepas aku dapat hasil pendapatan aku yang pertama. Alhamdulillah, sekali lagi dapat merasa duit sendiri. Korang nak tau apa aku buat dengan pendapatan pertama aku ni? alhamdulillah, dapat juga aku beri sedikit duit hasil pertama ni kepada mak aku…buat untuk berlanja..yer lah kan..selama ni aku asyik makan duit hasil diaorang jer, sekarang tiba giliran aku pula lah kan???

Itu yang pertama yang aku buat… Seterusnya, tadi aku pergi ke Pejabat Pos kat kawasan tempat tinggal aku…lebih kurang 10 minit jer perjalanan…ni mesti tak sabar nak tau ni kan??? Aalaaaa…aku pergi buat simpanan ASB jer…apa itu ASB?? A untuk aku… S untuk suka… B untuk berbelanja…hahahaha…korang ni cayer jer kan? sebenarnya Amanah Simpanan Bumiputra…..dah lama nak buat tapi tak de kesempatan dan mungkin juga masa tu fikir untuk enjoy jer kan..Alhamdulillah, kali ni, aku dapat juga buat…

Ada lagi sikit duit kat dalam poket aku ni….aku suruh adik aku pergi beli makan untuk diaorang makan-makan kat rumah..apa….kenapa aku tak pergi beli???kan aku tengah update blog ni, kalau aku pergi, macamne nak update blog…hehehehe….tak de lah..aku kan kerja…mana sempat…hah…bila nak berlanja korang????apa…apa…..nak sambung kerja dulu ni..ok..ok…salam…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge