Daftar Facebook

Baru je selesai daftar facebook untuk bapa saudara aku yang sorang ni. Apa ? Ingat orang lama tak boleh ada Facebook ke ? Kan..kan…kan … Dia nak ada facebook bukannya apa, sebab sepupu aku yang sorang tu buat satu group untuk keluarga kami. Dalam group tu, hanya saudara-mara aku je yang ada.
Lepas ni, tak boleh nak update status yang bukan-bukan je lah nampaknya. Nanti habis riuh satu keluarga. Dah lah keluarga besar pula tu. Ayoyoyo….

Kalau ada yang tak tau nak daftar facebook cam mana, ikut step ni :
1. Kena ada email dulu. Tak kisah lah yahoo ke, google.
2. Kalau tak ada email, maknanya kena buat email dulu lah ye. Klik sini untuk daftar yahoo dan sini untuk  google.Senang je, tapi AWAS mesti umur 18 tahun keatas.
3. Dah siap email, buka facebook dan daftar.
4. Lepas daftar, check email dan confirmkan facebook korang tu ya.
5. Lepas tu, selamat bermuka buku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge