Ciri Sahabat Yang Baik

Sahabat, kawan, rakan semuanya mempunyai maksud yang sama. Tapi apa tujuan berkawan sebenarnya ? Dulu ada pepatah “Manusia rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain”. Sekarang ni, manusia dah bermacam warna rambut,hati juga masih lain-lain. Ada orang kata, kalau kita kawan dengan penjual minyak wangi, kita juga akan dapat wangiannya. Nak mencari seorang sahabat yang baik ni tak susah dan tak senang. Cuma, kita je yang perlu berusaha. 

sahabat, yang, baik,

Ciri sahabat yang baik ialah:
1.Akhlak yg baik. Kalau dia mempunyai akhlak yang baik, dah sah-sahlah dia boleh juga jadi sahabat yang baik kepada kita.
2.Menutup
keburukan sahabat. Walau buruk manapun kita, dia tidak akan pernah membuka keburukan kita kepada orang lain.
3.Menghebahkan kebaikan sahabat. Walaupun kita ada keburukan, tetapi dia hanya menyebarkan kebaikan kita sahaja kepada orang lain, sekaligus menjaga nama kita.
4. Mudah mengalah untuk elak gaduh. Dia akan diam apabila ada tanda-tanda akan berlaku pergaduhan kerana pergaduhan akan menyebabkan pertengkaran.
5.Dorong sahabat untuk berjaya dunia dan akhirat.
6.Sejuk hati bila dengar
namanya. Kita akan berasa tenang dan tenteram apabila mendengar namanya.
7. Bila dengar cakapnya, bertambah taat kita kepada Allah. 
8.Bila
memandang dia kita ingat akan hari akhirat. 
9. Sentiasa mendoakan dan memaafkan sahabat. 
10. Akan membela sahabat bila orang lain memburukkan sahabatnya itu. 

sahabat, baik, best, friend, forever.

Mari
kita jadi insan yang baik agar Allah kurniakan sahabat yang baik & mari kita
berusha agar kita jadi sahabat yang baik. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge