Cerita Puasa Waslie Duby

Seperti yang aku khabarkan sebelum ini, aku akan letakkan cerita puasa artis kan…Ini ada lah antara artis yang terlibat… Terima kasih aku ucapkan kepada beliau atas kerjasama yang diberikan.

“ Seperti kanak-kanak  yang lain, saya mula belajar puasa pada zaman pra sekolah lagi, walaupun tak puasa penuh 1 hari tetapi setengahhari juga sudah memadai”, ujar Waslie Duby. Kalau korang nak tau,dia mula belajar utk puasa penuh semasa dibangku sekolah rendah dan cabarannya amat berat kerana dia belajar di sekolah aliran Mandarin yang mana rata-rata pelajarnya adalah bukan beragama islam.

Cerita, Puasa, Waslie, Duby
“Agak putih mata jgk lah bila tengok diaorag makan bila waktu rehat. Tapi oleh kerana zaman tu saya agak nakal, ada ketikanya saya berpuasa dirumah tetapi makan bila disekolah, kemudian bila balik rumah saya berpura-pura puasa. Tambahan pula saya menaiki basikal ke sekolah dengan jarak 3km.Kadang2 saya singgah melepak mandi manda di sungai sebelum balik umah, tujuan utk minum air”, cerita Waslie sambil ketawa kecil. Tapi itu kisah zaman kanak-kanak dia… bila dah masuk alam sekolah menengah, dia dah mula untuk puasa penuh. “Bapa saya seorang polis maka beliau amat mementingkan disiplin anaknya termasuk berpuasa..tapi tipulah kalau saya cakap saya tak pernah kantoi, nakal tu tetap ada..namapun remaja,” sambungnye lagi. Bercakap soal makanan pula, katanya dia tidak cerewet soal makan dan makan apa saja yang dihidangkan.
Waslie, Duby, artis, dari, sarawak
 Dia juga lebih suka memasak sendiri dirumah kerana kebersihan lebih terjamin. “Apabila ke bazar Ramadhan, saya lebih membeli kuih yang sukar ditemui dalam bulan lain contohnya tepung pelita, acar berlauk dan seri muka”, ujar nya lagi. Berbicara mengenai pengalaman yang tak boleh dilupakan sepanjang berpuasa oleh Waslie adalah pada zaman kanak-kanaknya.Ceritanya lagi, “tiap-tiap malam pergi tadarus dan tarawih dengan kawan-kawan, bukan beria sangat pun tapi lebih kepada nak bersuka ria dengan kengkawan pada waktu malam, sorok selipar orang masjid lah, sorok basikal oranglah..boleh tahan juga nakalnye saya, dan pernah juga balik rumah kena rotan sebab ada orang komplen..tapi itu dulu, dah tua ni tak dalah macam tu, bila ingat balik rindunya pada zaman kanak-kanak…Semua tu kenangan ramadhan terindah yg tak dapat saya lupakan”.
Waslie, Duby

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge