Cerita Puasa Fariez Ismail

Dalam entry aku yang lepas, aku ada menceritakan pengalaman puasa bersama Waslie Duby. Dan kali ini aku ingin kongsi cerita bersama seorang lagi pelakon yang sedang meningkat naik. Jom ikuti cerita pengalaman puasa bersama beliau.

“ Saya mula berpuasa penuh pada umur 8 tahun, tapi masa tadika pun dah belajar puasa,”ujar Fariez Ismail. Fariez ismail,29 tahun, mula dikenali dalam drama TV3-Putera Katak memegang watak sebagai Doktor Dodi. Selain meminati masakan ibu, dia juga sukapuding caramel dan dadih asli. Duta Belia Pelancongan Langkawi ini juga memberitahu bahawa dia kini lebih suka memasak dari membeli di bazar Ramadhan kerana masak sendiri lebih segar,jimat dan semestinya sedap. “ Pengalaman puasa yang saya tak dapat lupa,dulu masa kecil ibu bapa saya berniaga,dan sepanjang bulan puasa tolog diorang sampai waktu berbuka ditempat berniaga dan setiap hari buka puasa diluar,rasa macam berkelah pula”, ujarnya lagi. Fariez juga pernah terbabit dalam filem 1 malaysia bergandingan dengan Amber Chia,dalam filem ‘Tears of Mom’. Selain itu, dia juga pernah berlakon hampir 12 drama antaranya ‘Hotel Hasannah’-TV Alhijrah,drama berangkai ‘Bukan Aku’ dan juga ‘Orang Kita’ di saluran TV1.
fariez, ismail, pelakon

pelakon, fariez, ismail

pelakon, hotel, hasanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge