Cerekarama Mariam Kampung Putat

Pagi tadi aku ada cerita siapa yang berlakon dalam cerekarama Mariam Kampung Putat. Disebabkan hal itu, ada orang tanya sipnosis cerita Mariam Kampung Putat.
Mariam,Kampung,Putat,lakonan,blogger,cun,haniszalikha,dan aimanhakim
Begini kisah cerekarama malam ni di TV3 iaitu Mariam Kampung Putat. Ia mengisahkan seorang gadis bernama Mariam yang secara tidak sengaja menumpahkan kari keatas Danial di suatu Majlis kenduri Kesyukuran. Mariam dimarahi dan dipukul oleh ibu tirinya, Cik Gayah Gelang Labuh dan Gaga Gebu. Sejak dari peristiwa itu, Mariam takut untuk keluar rumah kerana khuatir akan berjumpa Danial. Danial pula sebaliknya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Mariam. Disebabkan tiada seorang pun yang mengenali Mariam, Danial cuba bertanya kepada Cik Gayah menjawab tidak kenal. Gaga Gebu diperkenalkan Cik Gayah kepada Danial untuk dijadikan calon isteri,namun Danial tidak menyukainya. Siapakah yang Danial suka ? Adakah Danial dapat berjumpa dengan Mariam ? Jangan lupa saksikan di TV3 malam ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge