Bola Kampung The Movie

 Semalam aku pi pusing-pusing kat Village Mall, Sungai Petani…Saja je membuang masa kat situ hah…Pusing pi, pusing mai, naik lah tingkat yang ada panggung tu..Tapi malangnya tutup…hampeh betul….Kalau tak, boleh lah aku tengok citer nie…dulu ada kat tv ja, tapi la ni dah ada kat panggung… Jom tengok sikit sinopsis Bola Kampung The Movie nie..
Bola, kampung, the, movie
“Amanda merupakan seorang puteri yang berasal dari dunia maya sebuah
permainan bernama ‘Kingdom Hill’. Baginda telah dihantar ke Kampung Gong
Lechar untuk mencari Perwira Suria, iaitu penyelamat yang boleh
menamatkan krisis yang sedang melanda kerajaannya.
Malangnya, baginda hilang ingatan sebaik sahaja tiba di Kampung Gong
Lechar. Iwan yang merupakan hero Bola Kampung telah tersalah sangka
bahawa Puteri Amanda adalah saudaranya yang sepatutnya datang melawatnya
di kampung semasa cuti sekolah. Baginda puteri kemudiannya menghabiskan
masanya beramah-mesra bersama Iwan dan rakan-rakannya. Tidak beliau
sedari akan hakikat bahawa seorang anasir perosak dari dunia permainan
maya yang berniat untuk membunuh baginda telah muncul di Kampung Gong
Lechar.

Ingatan Puteri Amanda kembali pulih sedikit demi sedikit. Misinya untuk
mencari pahlawan terpilih iaitu Perwira Suria telah berjaya apabila
beliau menyedari bahawa Saboklah perwira yang dicari-cari selama ini.
Malang sekali, Puteri Amanda telah ditangkap dan dilarikan oleh anasir
perosak dan dipaksa untuk pulang ke dunia permainan maya, Kingdom Hill.

Iwan dan rakan-rakannya bersiap-sedia untuk menyelamatkan Puteri Amanda
dan kerajaannya daripada serangan anasir perosak tersebut. Kumar yang
merupakan seorang saintis muda kampung itu menyedari bahawa permainan
alam maya terkemuka Kingdom Hill telah diserang virus dan mengesyaki
virus yang sama menjadi punca kekacauan yang melanda keselamatan
kerajaan maya itu.

Iwan, Sabok dan Azizul kemudian memasuki dunia maya Kingdom Hill dengan
tujuan untuk menyelamatkan Puteri Amanda sekaligus menghancurkan niat
jahat Lord Vilas untuk menakluki kerajaan Kingdom Hills”. 

 
Lakon suara oleh : Ezlynn, Afdlin Shauki, Harris Alif, Marsha Milan, Aznil Nawawi, Adila
Shakir, Baki Zainal.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge