Fir Rahman Kongsi Cerita Pertama Kali Berdepan Shiela Rusly

biodata, pelakon, ramadan, jangan, pergi, fir, rahman,

” Bayangkan sebaik sahaja saya masuk ke pejabat Shiela Rusly, saya diperhatikan beliau atas bawah. Segala apa yang saya cakap, body language semua beliau perhatikan dengan teliti sekali. Itu membuatkan saya lebih gementar”.

biodata, pelakon, drama, ramadan, jangan, pergi, fir, rahman

Itu lah perasaan yang digambarkan oleh pelakon kelahiran Singapura ini apabila dipanggil untuk ujibakat pertama kalinya di Malaysia. Fir Rahman diminta untuk membuat ‘ screen test ‘ atau uji lakon bersama Shiela Rusly.Screen test itu dirakam dan kemudiannya ditunjukkan kepada pihak berkenaan dan kemudiannya barulah beliau ditawarkan untuk berlakon dalam drama Ramadan Jangan Pergi, terbitan JS Pictures. Drama 13 episod ini sudah pun disiarkan di saluran TV3 pada setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 10 malam.

” Memang bukan mudah, tetapi saya bersyukur apabila diberi peluang ini,” tambah Fir Rahman lagi.

biodata, fir, rahman, pelakon, ramadan, jangan, pergi

Biodata Fir Rahman

Firdaus Abdul Rahman atau dikenali sebagai Fir Rahman merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik. Dilahirkan pada Februari 1981, jejaka ini sudahpun mendirikan rumahtangga selama 2 tahun dan kini mempunyai seorang cahaya mata lelaki yang baru berusia 9 bulan.

Menyingkap pembabitan Fir Rahman dalam bidang ini, Fir Rahman merupakan pemenang bagi pertandingan Juara 2002 di Singapura. Selepas menang dalam pertandingan itu, beliau mendapat beberapa tawaran berlakon di negara kelahirannya.Antara drama lakonan Fir Rahman ialah 9 Nyawa, Ahaks!, Selamat Malam Maria dan banyak lagi. Selain itu juga, Fir Rahman juga berlakon dalam pementasan teater.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge