Bila Nissan GTR VS Pokok

Beginilah yang terjadi apabila Nissan GTR vs pokok….Nissan GTYR yang gah dijalan raya tapi tumpang dengan pokok. opppsss….sori…..
Ini adalah merujuk kepada laporan berita Bernama iaitu seperti berikut :- 

KUANTAN – Empat maut manakala dua parah apabila dua buah
kereta terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad 1 menghala ke arah
Semambu awal pagi semalam.
Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan 4 pagi itu ialah
pemandu kereta jenis Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpangnya Bao
Shanshan yang merupakan seorang warga China. 
Manakala dua lagi ialah pemandu kereta Nissan Skyline
iaitu Go Haw Wei, 20, dan penumpangnya Koay Khor Liang, 21. 
Dua yang cedera juga merupakan warga China yang berada di
dalam kereta Nissan GTR berkenaan.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, kedua-dua kereta itu datang dari
arah Kuantan menuju Semambu dan dipercayai terbabas dan melanggar pokok.
“Pemandu kereta Nissan GTR itu sedang membawa tiga warga
China yang bekerja di sebuah Spa di sini. Mengikut siasatan awal, kedua-dua
kereta terbabit dipandu laju dalam keadaan jalan basah berikutan hujan,”
katanya.
Semua mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di
kepala dan badan.

Gambar : Oh Tidak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge