Bila Kelas Mula Lewat

Assalamualaikum..

        Hari Jumaat Hari tu aku sepatutnya ada kelas pada jam 8.00 pagi tapi dilewatkan selama 1 jam. So, kelas mula pukul 9.00 pagi lah.Tapi aku tetap sampai pukul 8 pagi juga. Bukan nya apa,sebab nanti takut bas tak ada pula. Dah jadi adat kan, kelas mula lewat kita bangun tidur pun lewat lah.Kali ini ramai budak-budak kelas datang lambat. Ada yang tak datang langsung, sibuk dengan aktiviti masing-masing. Pensyarah pun bengang juga lah sebab tak ramai yang datanglagi walau dah pukul 9 lebih. disebabkan itu, dia minta seorang pelajar untuk kunci pintu dewan. Budak itu pun bingkas bangun dan gerak ke pintu. Tengah dia nak kunci pintu, datang satu kumpulan pelajar perempuan masuk dan pensyarah nampak. Apa lagi, pensyarah tu pun berkata, ” Dah..dah…kamu pergi balik.”Kan dah kena halau. Kata pensyarah tu ” Kelas mula pukul 8 pagi pun lewat,mula pukul 9 pun lewat. Ingatkan mula lewat boleh datang awal tapi tak.”

       Disebabkan itu, petang tu terpaksa buat kelas ganti. So, kenalah datang kan.Kelas mula pukul 3 petang. Smentara nak tungu pukul 3 petang, aku dang kawa-kawan pergi makan dulu kat kantin dan lepas makan pergi lepak kat kelas kosong. Masa dok lepak dan rehatkan diri aku terpandang kat papan info dalam kelas tu pasal kerja kosong.Menarik minat aku untuk baca iklan itu.Nak tau kerja apa???Korang nak mohon tak??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge