Bicara Bersama Otai Blogger

Assalamualaikum…
Baru-baru ni aku ada bertanya kepada senior blogger yang telah dikenali di Malaysia ini mengenai ceritera dia sebagai seorang blogger. Alhamdulillah, persoalan aku dapat respon dari beliau. Mula-mula tu takut juga dia tak jawap soalan aku tu..Aku Tanya pun melalui inbox facebook jer…Kalau korang nak tau,beliau telah lama berkecimpung dalam dunia blog. Beliau juga pernah muncul di kaca TV dalam rancangan NONA dan Gen Y. Kalau korang yang selalu ikut blog beliau, pasti kenal kan ??
# Ini antara soalan aku kepada dia :-
1.      #   Bagaimana timbul minat untuk berblog?
2.      #   Siapa yg beri galakan?
3.     #     Kenapa memilih menjadi blogger sepenuh masa?
4.     #      Pengalaman pertama kali menulis blog.
5.      #     Pandangan abg Ben terhadap blogger yang ada
6.     #      Nasihat kpd blogger baru?
Dalam beberapa jam kemudia, aku dapat mesej…. Dan ini jawapan yang diberi kepada aku, ringkas dan padat… J
Mula-mula tu dia jawab lah salam aku..kan aku bagi salam dulu… Lepas tu setiap persoalan aku dijawabnya. Katanya minat untuk berblog sebabnya dia minat menulis dan membebel…kuat membebel juga rupanya..hehehe… Sambungnya lagi, yang memberi galakan kepada dia untuk berblog ialah isteri dan juga rakan-rakan di Facebook. Kalau galakan untuk lain tu aku tak tau lah yer… Korang kena lah tanya beliau sendiri… Blogger sepenuh masa ni katanya rilekss…. Rilekss macam mana? Korang kena lah cuba sendiri…hahaha…. “Pengalaman pertama kali?? hurmmm…biasa je sebab dah biasa dengan laman web”, ujar beliau… katanya, lagi ramai blogger, lagi meriah… dan akhir sekali nasihat kepada blogger baru macam aku ni lah kan…katanya, hati-hati dan jagan lupa kita ada peraturan walaupun dalam internet.
Semua persoalan dan jawapan sudah aku beritahu..tapi siapa kah Otai blogger yang aku tanya ni??? Korang tengok lah sendiri..dan aku rasa tak perlu diperkenalkan lagi…huhuhuhu……
blogger, ben, ashaari

blog, ben, ashaari, qhalif, zahra

1 thought on “Bicara Bersama Otai Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge