Bayi Nyaris Maut Dalam Kebakaran

Seorang bayi yang baru berusia enam bulan kini berada dalam keadaan kritikal akibat melecur teruk dalam kebakaran rumah pangsa tingkat 4, Mak Mandin, Butterworth pagi ini. (Rabu/15.08.2012)

Merujuk panjaga bayi itu, G. Sarojah, 48 tahun, ” Saya tinggalkan bayi itu yang sedang tidur dalam buaian ketika itu kerana saya pergi ke pasar yang terletak di bawah rumah. Apabila pulang, saya dapati rumah sudah terbakar”.

Bayi itu, Y. Meysshvin melecur 70 peratus di muka dan badan . Punca kejadian dikatakan berpunca apabila api dipercayai dari tempat sembahyang jatuh lalu terbakar seluruh rumah.

sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge