Bagaimana acuan, begitulah hasil nya….

Assalamualaikum….

Kalau tengok tajuk entry aku ni, macam nak buat kuih jer.. ada acuan le, apa lah….itu petang nanti yer kita buat kuih untuk minum petang. Sekarang ni aku nak cerita pasal acuan juga, tapi bukan buat kuih tapi acuan sesetengah orang zaman sekarang mendidik anak. Kalau tengok zaman sekarang, dah macam-macam jadi kat anak muda kita nie, tunggang terbalik jadinya. Nak salahkan siapa? Cikgu yang kat sekolah tu ke? atau nak salahkan pensyarah?Kerajaan???

Sebenarnya, kita sebagai ibu bapa lah yang perlu mula membuat acuan tue. Apa??? tak kahwin lagi??? Aikkk..jangan macam ni. Kan kita juga sebagai abang atau kakak, atau pak cik, makcik dan segala yang berkaitan termasuklah kita sebagai masyarakat. Tapi apa yang penting kita perlu mula dari rumah, yakni ibu bapa atau adik beradik.Kita lah yang perlu membuat acuan dengan betul dan pihak lain akan meletakkan perasa.

Contohnya, anak kita gagal dalam peperiksaan. Kemudian kita akan tanya anak kita, ” pergi sekolah belajar ke tak? Cikgu mana yang ajar?”

hahh…itu contoh jer..Nampak tak???Kita akan tanya anak kita macam ni. Mungkin tak semua ibu bapa lah kan. Kat sini kita dah salah kan 2 orang iaitu anak kita dan guru yang mengajar tak tau macam mana.Tapi, adakah kita sebagai ibu bapa, selalu tanya kepada anak kita hal berkaitan akademik dan peribadi? jangan biarkan kawan-kwan anak kita tu jadi guru yang tak bertauliah. Ok?? Jangan jadi macam ni sudah ler…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge