Azmir Arif Promosi Diri Sendiri ?

Azmir, arif,OIAM, promosi, diri,

Azmir Arif penyanyi kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang ini merupakan Top 20 One In A Million Musim ke 2. Mohd Azmira Bin Arif kini tampil dengan lagu terbarunya iaitu Single ciptaan oleh Aesar Mustafa dan susunan muzik oleh Affa Booty. Bagi sesiapa yang ada facebook Azmir Arif pasti akan melihat statusnya yang sibuk mempromosikan diri sendiri.

azmir, arif, promosi, diri, di, facebook.

Menurut Azmir sendiri, ada juga dikalangan rakan facebook bertanya kepadanya kenapa mempromosi diri sendiri, kerana ia nampak murah. Bagi Azmir, dia tidak perlu rasa malu untuk mempromosi diri sendiri mencari peluang kerana dia percaya rezeki itu datang dari Allah dan dia hanya perlu berusaha untuk mencari rezeki itu.

Berbalik kepada single baru Azmir Arif iaitu Single,yang mana diilhamkan buat mereka yang putus cinta dan tidak dapat menerima kenyataan terhadap perpisahan ini.Lagu ini boleh dijadikan motivasi kepada diri untuk kuatkan semangat dan kita boleh terima dan terus hidup walau putus cinta. Lagu Single ini hanya boleh didengar di youtube sahaja. Jadi, jika nak dengar, klik lah dibawah atau ke youtube.

lagu, baru, azmir, arif, single, youtube

p/s : Bagi mereka yang hendak jemput Azmir Arif boleh lah berhubung dengan tuan punya badan ya. InsyaAllah, Azmir akan memberi respon. Boleh berhubung dengan Azmir Arif melalui email : azmirarif@gmail.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge