Azmir Arif Hilang Selipar di Hari Raya

Cerita Raya kali ini memaparkan cerita raya dari penyanyi yang kini meningkat naik iaitu Azmir Arif.  Pernah sebelum ini Seleksi Izwan memaparkan cerita puasa Azmir Arif, kali ini Seleksi Izwan diberi peluang untuk memaparkan cerita raya nya pula.  Bagi yang ingin mengetahui cerita puasa Azmir Arif, boleh klik di sini >> Cerita Puasa Azmir Arif. bagi yang belum mengenali Azmir Arif, jom kita tengok cerita nya di dada akhbar.

paparan, akhbar, rap, azmir, arif

azmir, arif, enggan, mengalah
Cerita empunya diri yang menggemari kuih tart jem ini persiapan rayanya kali sama sahaj seperti tahun lepas, cuma bezanya kena keluarkan duit raya untuk anak-anak saudara mara. Selain menggemari kuih tart, Azmir juga gemar kuih batang buruk, cakar ayam dan juga almond london. 

penyanyi, azmir, arif, ddari, penang
Apabila diminta untuk menceritakan pengalaman raya, Azmir memberitahu, pengalaman raya yang tak dapat dilupakan ialah dapat duit raya yang banyak iaitu RM1000 sebabnya beraya dari pagi hingga ke malam. ” Pernah juga di hari raya, selipar saya hilang di masjid ketika sembahyang raya. Jadi terpaksalah balik berkaki ayam,” cerita Azmir.
penyanyi, azmir, arif, kongsi, cerita, dan, album, baru
Tambahnya lagi, ” Juadah kegemaran di hari raya, saya suka lemang rendang daging, lontong, mee kari dan nasi impit kuah kacang. Semua tu memang sedap.” Kata Azmir, dia akan buat rumah terbuka di Kuala Lumpur jika berkesempatan selain rumah terbuka di Pulau Pinang. Orang Penang, tunggu apa lagi, pi lah serbu rumah Azmir ni… Alamat? tanyalah Azmir sendiri ye…

Kad Raya dari Azmir untuk anda semua…

lagu, raya, dari, azmir, arif

Lagu Raya Dari Azmir untuk anda semua….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge