Asas Kefahaman ASB Financing

asb, asbf,

 

ASB Financing boleh dilabur menggunakan #Cash atau pun loan (#Sijil).
Tetapi orang bijak dia takkan gunakan cash, sebab bank telah menyediakan kemudahan loan untuk melabur di ASB. Ini lah dinamakan OPM (other people money). Bermaksud gunakan duit bank untuk melabur di ASB.
📌 Konsep ASB Financing
Ada 3 watak penting:
✅Korang (peminjam asb loan)
✅Bank
✅PNB (asb)
Hubungan Korang & Bank
••••••••••••••••••••••••
1. Korang apply loan dengan bank.
2. Nilai pinjaman tu bank akan beli sijil ASB. Sijil ASB tu atas nama korang.
3. Nilai sijil tu xkan dicatat di buku asb. Sebab ia sijil bukan cash. Hanya cash sahaja yang tercatat di buku ASB.
4. Sijil ASB tu bank akan pegang. (Dicagarkan)
5. Bila buat pembiayaan (pinjaman) dengan bank, akan ada profit rate (interest) dikenakan. Contoh 4.8%, 5.0% dan 5.2%.
6. Jangan rasa tinggi pulak rate asbf ni. Pahtu gi compare dengan rate gomen personal loan. Sebab kiraan interest asbf ni ikut #EffectiveRate sama macam home financing.
7. Dah korang meminjam duit dengan bank, jadi setiap bulan korang kena #Bayar kepada bank lah.
8. Ingat ! Korang pinjam duit dengan bank tapi duit tu bank gi beli sijil ASB. Maksudnya korang x dapat duit pun kat tangan !
9. Tapi bila korang terminate asb financing tu, bank akan jual sijil ASB tersebut. Dan duit hasil jualan tu akan ditolak dengan baki pinjaman korang.
10. Balance duit lebihan tu lah dinamakan #PRINCIPAL. Duit ni akan dikreditkan ke dalam akaun saving korang bila loan korang fully terminate.
Hubungan Korang & PNB (ASB)
•••••••••••••••••••••••••
1. Bank telah beli sijil ASB atas nama korang. Bermaksud akaun ASB korang ada pelaburan berjumlah 200k (contoh).
2. Jadi korang #Layak dapat Dividen dan Bonus pada bulan Januari setiap tahun. Duit ini akan dikreditkan ke dalam akaun ASB korang.
3. Kiraan dividen dan bonus ikut #Prorate. Walaupun sijil ASB korang dibeli pada bulan 2 atau bulan 7 atau bulan 11, dividen dan bonus asb tetap diberi pada Bulan Januari.
4. Dividen dan Bonus adalah milik penuh korang. Korang bebas gunakan duit ini untuk kegunaan apa sahaja.
5. Jangan timbul isu bank akan “curi atau ambil” duit dividen asb korang plak. Semua tu karut marut.
LIKE COMMENT SHARE jika bermanfaat
Hafiz Kadir 😎
#HKGConsultancy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge