Asal Usul Solat 5 Waktu

Solat adalah tiang agama dan wajib kepada umat Islam untuk mengerjakannya. Tahukah kita bagaimana asal usul solat yang kita lakukan 5
waktu sehari ? Pernahkah kita tahu atau ingin ambil tahu asal usul solat ?
*Solat Subuh :
Nabi Adam a.s orang pertama solat Subuh tatkala ia dikeluarkan dari
Syurga,melihat keadaan zulmah (kegelapan),maka ia merasa sangat takut dan
apabila Subuh menyinsing,baginda solat 2 rakaat.
Rakaat pertama : sebagai tanda syukur kerana selamat dari kegelapan malam.
Rakaat kedua : tanda syukur kembali kepada siang.
*Solat Zohor :
Nabi Ibrahim a.s orang pertama melakukan solat zohor,tatkala Allah
memerintahkan supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.Kemudian diperintah
pula supaya ia menyembelih binatang sebagai tebusan,perintah itu berlaku ketika
gelincir matahari.Maka bagindasolat 4 rakaat.
Rakaat pertama : tanda syukur diatas penebusan itu.
Rakaat kedua : tanda syukur kerana selamat daripada menyembelih anaknya.
Rakaat ketiga : kerana menuntut keredhaan Allah SWT
Rakaat keempat : penebusan itu digantikan dengan binatang
*Solat Asar :
Nabi Yunus yang pertama solat asar,berikutan peristiwa Baginda dikeluarkan oleh
Allah SWT drp perut ikan Nun didalam empat keadaan:
1.Kegelapan disebabkan kesalahan
2.Kegelapan semasa didalam laut
3.Kegelapan didalam perut ikan Nun
4.Kegelapan malam
Apabila dikeluarkan baginda dari perut ikan pada waktu asar,baginda solat 4
rakaat sbg tanda syukur
*Solat Maghrib :
Nabi Isa a.s merupakan orang pertama melakukan solat maghrib tatkala dikelurkan
oleh Allah SWT daripada kaumnya,peristiwa ini berlaku ketika jatuhnya matahari.
Rakaat pertama : menafikan ketuhanan lain daripada Allah.
Rakaat kedua : menafikan tohmahan/tuduhan zina terhadap ibunya Maryam.
Rakaat keempat : Memberi kesan bahawa ketuhanan itu hanya bagi Allah shj.
*Solat Isyak :
Nabi Musa orang pertama melakukan solat Isyak ketika ia sesat dalam waktu
keluar dari Madyan untuk ke Mesir,dimana ia dalam keadaan dukacita terhadap
isterinya,saudaranya Nabi Harun dan terhadap musuhnya Firaun dan beberapa orang
anaknya.Maka Allah melepaskan dan menyelamatkan Baginda daripada keempat-empat
dukacita itu pd waktu Isyak.Lalu Baginda solat 4 rakaat sbg tanda syukur kpd
Allah SWT.
-Didalam riwayat lain mengatakan,Subuh bg Nabi Adam,Zohor bg Nabi Daud,Asar
bagi Nabi Sulaiman,Maghrib bagi Nabi Yaakub dan Isyak bagi Nabi
Yunus.Wallahua’lam
# Petikan dari Kitab “Niat Solat dan Permasalahan dalam Solat”,
Susunan oleh : Us.Abd.Halim Saad ( Mantan Imam Masjid Negara)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge