Apabila Chiko Nak Beranak

Adoiiiii….. Kelam kabut dibuatnya bila Chiko nak beranak. Tanda-tanda dia nak melahirkan anak memang dah nampak dah. Tapi masanya je tak sampai lagi. Semalam memang dah tak tau nak buat macamna. Kesian Chiko pusing keliling rumah sebab nak beranak. Mula-mula Chiko memang dah jumpa port yang sesuai untuk beranak tapi aku tak kasi. Nak beranak bawah katil aku. Adoiii…tak mau lah kasi. Nanti aku nak tidur pun susah.
Aku bawa dia ke ruang tamu, dan masukkan dia dalam kotak. Kotak tu, aku bagi gelap sikit. Pagi ni aku ingat kan dah beranak dah Si Chiko ni tapi rupanya tidak. Yang peliknya, dia boleh pergi ambil anak Si Chiki. Apa nak jadi Chiko ni ? Chiki pula, meroyan lah sebab Chiko ambil anak dia. Nasib baik tak gaduh. Sebelum pergi kerja, aku tengok Chiko masuk tempat Chiki, mungkin sebab Chiko nak beranak kat tempat Chiki tu kot. Apa-apa pun, petang ni kena tunggu dah beranak ke belum Si Chiko nie.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge