Apa Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita

Perhatian kepada semua lelaki diluar sana.. Tak kisah lah bujang atau dah berkahwin, kali ni aku nak kongsi apa yang kita sebagai lelakiperlu tahu tentang wanita. Dan aku rasa, wanita pasti akan senyum lebar kalau mereka juga membaca tentang ini. 

apa, yang, perlu, lelaki, tahu, tentang, wanita.
Apa yang perlu kita tahu tentang wanita ialah :- 
1. Sensitif : Ini bukan bermaksud wanita ni suka merajuk,
tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Tak bermaksud wanita FUSSY tak
tentu hala, kadang-kadang mereka ni nak lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik,
mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan
seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu
diragui. Untuk yang ni, betul ke perempuan ni betul ikhlas?? Tolong jawab jap..hehehee
5. Korban : Wanita sanggup berkorban apa
saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan
suami. wanita amat tabah. Sebab tu banyak kes melibatkan wanita…
6. Perihatin : Sentiasa memerhatikan
keadaan sekeliling dalam diam. Cuba tengok ibu kita tu.. Tak senang dia nak tidur apabila dengar kita menangis.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki , namun juga
sesama kaum.
8. Ego : wanita yang terlalu sayangkan
kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang
dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah
yang paling dalam dan tulus.
10. Seks : SEKS bukanlah segala-galanya
buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang
banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. lelaki pula dijadikan dengan 9 akal
dan satu nafsu.
Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan
menghanyutkannya!.
“Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai
pelindung dan bukan sebagai pemusnah. wanita diciptakan oleh ALLAH s.w.t. dari
tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka
lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN wanita”

4 thoughts on “Apa Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge